Monday, 16 June 2014

Imagination poem for future husband's love

***
Suamiku,
Dulu aku tak pernah jumpa yang namanya CINTA.
Aku belum mengerti makna sebenarnya CINTA..
Aku cuma tahu berimaginasi untuk disayangi.
Aku cuma jalani hidupku seperti gadis yang lain.
Aku tak pernah fikirkan disebalik rasa sayang rupanya ada CINTA.

Suamiku,
Hidupku dulu tak seindah sekarang.
Dulu aku tidak segembira sekarang.
Aku hanya tahu bersendirian tanpa sedar tentang CINTA.
Aku tidak tahu untuk mencambahkan rasa itu..
Dan aku juga tidak tahu hakikatnya CINTA itu indah.

Suamiku,
Saat aku sudah menjadi isterimu,
Barulah aku kenal siapa diriku sebenar,
Dulu aku lebih banyak kesunyian,
Lebih banyak menyendiri,
Dan saat kau hadir,
Aku terdetikkan sesuatu,
Yang mungkin hanya tidak bernilai,
Tapi tinggi maknanya buatku.

Suamiku,
Bila kita bersama,
Kau pegang erat tanganku,
Tanpa membiarkan aku terlepas walau sedetik pun,
Kau hargai setiap waktuku untuk bersama dengan mu.
Membuat aku tersenyum keriangan setiap saat bila berada disisimu.

Suamiku,
CINTA kah ini ?
Aku bahagia bersamamu,
Aku tak bisa meninggalkanmu,
Tak sedikitpun aku sanggup untuk menjauh darimu.
Aku sentiasa mahu kau disisiku,
Sempatkah aku untuk terus sepanjang hayat bersama mu ?
Harus kau tahu,
Setiap saat yang ku ada amat bernilai untuk kita,
Untuk CINTA kita..
Dan perlu kau tahu juga,
Aku sangat lemah tanpamu disisiku, wahai suamiku..
Kerana engkaulah CINTA itu.
CINTA yang tidak akan aku tinggalkan, untuk selamanya....

***

Untuk kali keduanya, catatanku hanya dibiar sepi. Tanpa sebarang ucapan darimu.
Takpalah; Redha.
Assalamualaikum wbt :')

Cahaya buatku..

**
Duhai kasihku,
Saat aku menatap indahnya cahaya bulan dan bintang.
Menerangi langit yang kelam,
Aku teringat bahawa aku juga dikurniakan bintang dan bulan itu.
Sentiasa terangi hari malamku,
Diantara beribu bintang,
Aku pilih engkau yang satu,
Diantara banyak cahaya yang membantu ku dalam kelam,
Tetap engkau juga yang aku pilih untuk terus menerangiku.
**

Walaupun kau hanya memandang sepi kata puitis ku ini,
Kuharap kau sedar,
Telah kuluah beribu makna di dalamnya.
Saat ku menghulur puisi ini dengan penuh senyuman,
Namun kau hanya diam.
Seperti tiada harga kepada isi hatiku ini.
Mungkin bukan sekarang kebahagiaan milikku..
Semoga kau tahu menghargainya nanti.

:'))

Thursday, 12 June 2014

Srikandi Cinta - Wattpad

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirahmanirrahim~

Alhamdulillah, ada satu application lagi yang amat berguna utk kembangkan bakat seseorang.
Terima kasih buat kawan-kawan yang kenalkan saya pada Wattpad.
Wattpad ni macam e-book yang kita boleh jumpa macam-macam jenis buku.
Bagi yang minat membaca.. Semua genre buku ada dekat situ.
Bagi yang minat menulis, boleh buat novel and buku sendiri dekat wattpad !
Ah seronoknya.. Bukankah menulis itu satu kepuasan ? Ya bagi saya sangat puas!

Awal bulan 4, 2014. Kawan saya cadangkan saya download app ni dekat playstore. Mula-mula memang sangat lah malas.
Rupanya.. Bila dah download. Teruja gila!
Perasaan nak buat buku sendiri memang membuak-buak.
Dan start dari bulan 4 jugaklah saya dah berjaya cipta satu buku sendiri.. Baru nak jinak-jinak.

Syukur sangat sebab ada kawan-kawan yang minat membaca. Bila ada kawan yg sama minat dgn kita, automatik mesti dia akan selalu support kita right ?
Alhamdulillah. Jazakallah utk semua kawan-kawan.
Tanpa mereka semua, mungkin followers saya kosong. Vote saya kosong. Dan novel saya takkan ada sesiapa yang baca.

Dan dari semua sokongan itulah lahirnya novel saya SRIKANDI CINTA.
Pada awalnya konon nak buat cerita yang 'sebenar'.. Tapi bila baca balik macam dah meleweh je. Terus buat ikut imaginasi je senang.
Alhamdulillah. Best lah kot ? Hehehe
Dah nama tajuk pun ada Cinta. Mestilah genre nya novel cinta.
Kan.. ?

Ya Allah kenapa lah sekarang ni saya memang tak suka membaca. Menulis je.. Novel-novel kawan saya dah berlambak tak baca.
Dah takde nafsu nak baca novel cinta.
Minat pulak dekat buku-buku motivasi khas utk perempuan.
Senang cerita masa pergi pesta buku, habis saya borong semua buku tentang muslimah! Dann dann.. Sy belum berkesempatan untuk baca. Hm.. Sadlife.

Nampaknya dah lari jauh dari tajuk.
Okey walaupun takkan ada siapa baca entry ni. Mana tahu kan ada yang terbaca atau ANDA STALK! :'P .. silalah download app Wattpad di playstore sekarang.
Bagi yang tak minat baca tu. Sokay lah. Tidak memaksa.

Find me ya !

Usernama : ismieaina
http://w.tt/1rt50xn

Semoga lahirnya Srikandi Cinta ni beri semangat untuk saya.
Sebab Srikandi Cinta hadiah istimewa untuk ... :'P *terjun bangunan*
Okey semoga proses menyiapkan srikandi cinta ni tak diganggu anasir-anasir jahat.

Saya ikhlas cipta novel ni. Mungkin ia kenangan untuk hidup saya. :')
Ermm.. In sha Allah. Jika dah siap, saya publish di blog.

Jazakallahu khair.
Wassalamualaikum wbt.