Sunday, 14 September 2014

Did he ?

Iwonder if
he missed me
even the slightest of it
but
the question is
did he?

I wonder if
He cared about me
Even the slightest of it
But
The question is
Did he ?

I wonder if
He loved me
Even the pieces of it
But
The question is
Did he ?

Cc:: Ayna

Sunday, 7 September 2014

Aku juga punya hati

Bismillahirrahmanirahim~

Entah,
Aku tak tahu untuk mulakan dari mana
Untuk aku bercerita lagi tentang hati
Entah kenapa
Aku terlalu memikirkan tentang hati
Yang selalunya hanya hati orang yang aku kisah
Hati sendiri ? Merana
Terlalu merana

Entah,
Aku tak tahu aku ini sebenarnya kuat atau tidak
Aku tak tahu aku ini mampu untuk hapuskan sedih ini atau tidak
Aku tak tahu semuanya
Apa yang aku tahu ? Sakit
Ye, hati aku sakit

Entah,
Aku rasa orang anggap aku dah tak punya hati
Aku ni macam takde perasaan
Padahal aku selalu menangis
Menangis
Aku dah tak dapat rasa bahagia
Buat masa ni
Sebab apa ? Sedih.
Sedih dengan mu sayang.

Entah,
Aku rasa aku terlalu lurus
Terlalu baik
Terlalu sayang
Ah terlalu semua lah berkaitan denganmu
Ini semua sebab sayang
Tapi kenapa semakin hari
Semakin engkau buat aku rasa sesuatu
Rasa apa ? Bodoh.
Ye, bodoh berharap padamu.

Entah,
Aku tak tahulah apa yang aku cakap kali ni
Aku cuma meluah rasa
Dalam sepi, dalam diam
Aku takut untuk bercerita pada insan lain
Hamba Allah yang lain
Sebab aku takut,
Dia mungkin hanya mendengar
Tapi takkan mungkin mampu rasa
Apa yang sebenarnya tersirat dalam lubuk hati

Entah,
Hasil dari perkataan 'entah'
Cukup jelas yang aku sendiri tak tahu apa yang sedang ingin aku bicarakan
Aku memang tahu erti penat untuk menangis
Tapi,
Aku memang lemah mungkin ?
Yelah aku tak kuat.

Allah,
Jadikan nukilan ini sebuah coretan dariku supaya Kau tahu isi hati hambaMu ini sekarang ya Allah.
Allah....
Aku perlukan penawar untuk hatiku ya Allah....
Tolong.
Pesan pada dia.
Aku masih punya hati.
Yang tak pernah henti untuk mencintainya.

Friday, 5 September 2014

Warkah buat Hawa

Bismillahirrahmanirrahim~

Warkah buat Hawa
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang
solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau
sudah bersuami jadilah
isteri yang meringankan
beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah
anakmu sehingga
dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin
jangan kau risau
jodohmu,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik
adalah untuk
lelaki yang baik.
Hawa
Lelaki yang baik
tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh
tidak memilih wanita melalui
keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai
wanita melalui keayuannya,
keremajaannya, serta
kemampuannya mengoncang
iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik
akan menilai wanita melalui
akhlaknya,
peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.
Lelaki yang warak juga
tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu
apa matlamat dalam sebuah
pertemuan lelaki dan wanita
yakni sebuah
perkahwinan.
Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan
tiada cinta daripada adam
untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah
memenuhi
dan menyinari
kekosongan jiwamu,
biarlah hanya
cinta daripada
kedua ibu bapamu
yang memberi
hangat kebahagiaan
buat dirimu , cukuplah
sekadar cinta
adik- beradik
serta keluarga yang
membahagiakan dirimu.
Hawa..
Cintailah Allah
di kala susah dan senang
kerana
kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang
juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan
perolehi keredhaan
Allah.
Cintailah keluargamu
kerana kau tak akan
jumpa cinta
yang bahagia
selain dari cinta
keluarga.
Janganlah sesekali
tangan yang
mengoncang dunia
juga yang mengoncang iman
lelaki. 

Monday, 1 September 2014

Pesan pada dia

Bismillahirrahmanirrahim~

Allah..
Kenapa, kenapa aku rasa begitu sakit ya Allah.
Kesedihan yang Kau beri cukup memeritkan hatiku ya Allah.
Ujian kah ini, Allah?
Tetapi kenapa mesti dia Allah..
Dia yang aku sayang,
Sekarang seperti langsung tidak punya perasaan lagi.
Dia terlalu menyeksa perasaan ku ya Allah.

Allah..
Sakit... Sakitnya aku menangis dalam diam.
Apa lagi yang dia mahukan ya Allah ?
Aku lemah ya Allah.
Lemah..
Aku tak punya apa-apa selain hati ku yang lembut ini ya Allah.

Allah..
Mengapa dengan dia ?
Berubah mengikut arusnya waktu.
Dia terlalu jauh kedepan.
Dia biarkan aku terkapai sendirian.
Aku tak mampu mengejar perubahannya.
Bagaimana mungkin ingin ku kata padanya,
Sedangkan sedikitpun dia tidak menoleh untukku.

Allah,
masihkah kau selitkan kebahagiaan untukku ?
Atau mungkin aku yang terlalu berharap sebuah pujukan dan kata maaf darinya ?

Allah,
bila pula tiba masanya untukku ?
Aku ingin pergi jauh ya Allah.
Dia sudah tidak pedulikan aku.
Aku bukan lagi siapa-siapa.
ya Allah.. ya Rabb..
Bantu aku..
Sakit ya Allah. Sakit.....