Saturday, 15 February 2014

Siapa aku di matanya ?

Bismillahirrahmanirahim~
Assalamualaikum wbt.

Bermula daripada pandangan pertama.
Aku detikkan satu rasa.
Yang mungkin satu hari nanti bisa diungkap. Tanpa mengetahui ianya datang dari mana.. Hati kah ?

'Ya aku pasti mengenali dia!'

Hanya satu ayat. Ayat yang menyatukan dua hati.
Mungkin lucu kisahnya. Tapi baru aku sedar walaupun itu hanya aku detikkan sesaat cuma. Tapi ikhlas dari kedalaman hati ini.

Hariku jalani indah sentiasa.
Senyummu..  Membuat ku sering fikirkan kamu.
Tapi aku tahu batasnya.
Saat ku jauh. Kau kata kau merindui aku ? Untuk pertama kalinya..
Adakah aku mimpi..
Tidak.. Tidak.!
Kenyataan.
Cerita cinta ini umpama kisah novel.
Benih kasih sayang harus dicambahkan..
Siraman cinta perlu diberikan..
Aduh hati.. Mengapa pasti wujud rasa ini..
Kawal sayang. Kawal..

Kita bahagia meniti hari. Meniti arus pahit dan manis.
Berusaha dalam mencapai manisnya cinta, kejayaan dan sebuah harapan..

Sekarang.. Setelah pelbagai arena kita lalui. Masih belum utuhkah kekuatan hati batin ku ?
Tapi mengapa ?

Takdir Allah SWT .. Menemukan. Menyatukan. Menentukan. Mengatur dan menunjukkan seperkara.

Bila malam muncul.. Lama kelamaan baru aku sedar.
Aku terlalu dingin.. Dingin dan jauh dari kasih mu.
Sedangkan aku perlu itu.
Padahal aku ada Tuhan tempat ku bergantung harap.
Ku punya sahabat. Ku punya keluarga.
Tapi... Masih tetap engkau yang aku tunggu.
Aku tak mampu luahkan bicara dihadapanmu.
Aku tak bisa lepaskan kalimah ini di depan mata mu.
Tapi aku terlalu lemah hingga mampu menulis dalam coretan ini sahaja.
Lemahkah aku ?

Kekuatan ku semakin tipis..
Aku perlukan kasih itu.
Tapi aku malu meminta.
Adakah aku tidak layak ?

Sayang. Aku mahukan kasih sayang darimu.
Itu sahaja cukup bagiku.
Tapi jeritan aku ini tak pernah engkau fahami.
Cukuplah hanya engkau yang bernilai untukku.

Jelas.. Jika engkau tidak mengingati aku.
Aku tahu aku tidak pernah ada untukmu.. Tapi aku berusaha.
Sehinggalah aku tahu yang aku tidak diperlukan.

Ku rindu sesuatu dari mu.
Iaitu diri mu sendiri.
Aku hanya mahukan kasih engkau untuk ku..

Fahamilah aku....

'Ya Allah. Lindungi dia. Jagakan dia untukku. Rahsiakan rasa hatiku ini ya Allah. Ku ucapkan fatihah syahdu ini agar sayupnya kedengaran utknya di sana. Bisikkan kalimah rinduku padanya... Aamiin'

-ismie-

Monday, 3 February 2014

Ego vs Keras hati

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wbt.

Ego ? Pasti untuk lelaki. Keras hati ? Untuk perempuan.
Kenapa konteks ini berlawanan ?
Ye. Lelaki dan perempuan itu menyempurnakan satu sama lain.
Di sebalik keegoan lelaki ada baik buruknya. Begitu juga kerasnya hati perempuan.
Sama kan ? Cuma tafsirannya berbeza.
Lelaki : EGO
Firstly. Yang namanya lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita. Pelindung bagi kaum wanita. Sudah diangkat ayat nya dalam surah An-nisa' yang bermaksud "suami (lelaki) itu pelindung isteri (perempuan"
Keegoan lelaki ini ada baiknya supaya si perempuan patuh dan taat kepada mereka kerana si lelaki anggap mereka ada hak ke atas semua perkara dan ada kuasa untuk menentukan YA atau TIDAK,  BETUL atau SALAH.
Disebalik keputusan si lelaki itu, jika benar. Maka patuhlah. Tapi jika salah, mereka pasti takkan mengaku salah dan hanya nak betul ! right?
Mereka takkan punya rasa 'bengang' 'malu' or sebagainya. Lelaki hanya tahu.. Buat slamber like nothing happen. Okey.. Geramkan ?
Guys.. Lelaki ada 1 nafsu 9 akal.
Pemikiran akalnya. Mereka takkan pernah guna sepenuhnya ! Tapi yang satu nafsu itulah yang mereka akan guna sepenuhnya! Allahurabbi.. Lelaki memang bijak tentang agama. Lebih-lebih lagi soal kahwin. Fuhh, pasal kahwin laju je. Pasal pengetahuan agama yang lain ? Wallahualam.. Nafsu semua itu. Tetapi bukanlah semua lelaki berfikiran seperti ini..
Sesetengah lelaki ini pandai meninggikan egonya hanya semata-mata untuk menang dan tidak mahu mengalah langsung.
Hakikat yang sebenar. Lelaki perlu kan ego tersebut.. Kerana mereka pemimpin keluarga. Khalifah di bumi Allah swt.

Perempuan : KERAS HATI
Perempuan berhati lembut. Macam mana boleh jadinya keras hati itu ?
Pada anggapan diri saya sendiri. Perempuan punya hati yang amat sensitif. Perempuan itu manja. Perempuan itu sangat lah lembut.
Terjadinya keras hati ini apabila orang yang mereka sayang buat sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan yang teramat sangat. Tapi yang istimewanya, disebalik kerasnya hati perempuan ini, mereka sebenarnya inginkan pujukan. Pujuklah mereka.
Allahurabbi.. Mungkin disebalik cerita ini ada pengalaman untuk saya. Ye.. Susah nak jumpa orang yang betul-betul paham kita.
Keras hati seorang perempuan ni akan membuat dia diam.. Diam.. Dan terus diam. Pendam. Pendam dan terus pendam..
Jadi.. Bila dah pujuk tu, jangan terkejut bila si perempuan hambur kan kata2 yang mereka pendam tu.

Lelaki dan perempuan harus saling mengalah.
Mereka itu saling menyempurnakan.
Sekian..
-Wallahualam Bissawab-

Saturday, 1 February 2014

Hanya Kata Hati ♥

Bismillahhirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wbt.

Benar, Hati tidak punyai mulut, Hati tidak punyai mata.
Tapi hebatnya hati Allah swt beri mampu berkata tanpa didengari setiap insan, mampu menangis tanpa mengeluarkan air seperti di mata.
Mampu rasa sakit.. Ya! Lebih sakit daripada terhiris benda yang tajam.

Allahu Rabbi. Perasaan hambaMu. Hanya Engkau yang tahu. Betapa sakit, remuknya selama ni ku tahan. Tapi kugagahi juga kerana suatu rasa ini. Rasa yang sudah lama.. Lama dahulu muncul.

Mungkin ada terlintas difikiran, kenapa ini terjadi padaku,
Tuhan.. Sungguh rasa ini telah lama dan Engkau tahu setinggi mana dan seluas mana rasa ini.
Cuma ia tak kedengaran. Puas hati ku menjerit kepadanya.. Ah! Dia tak pernah menoleh. Malah dia menambahkan lagi hirisan luka dihati aku.
Sungguhpun dia tak pernah menyedari ini. Sungguhpun dia tidak punya rasa padaku, kumohon fahamilah caraku.

Apakah kamu buta hati ? Buta hati sehingga tak mampu melihat tulusnya aku disini.
HANYA KATA HATI mampu ku tulis untuk jadikan tatapan.
Kata hati yang tipisnya peluang untuk kau ketahui apa sebenarnya rasa itu.

Duhai HATI..
Biarlah engkau terluka.
Aku masih setia merawatmu.
Aku masih mahu menjagamu.
Aku takkan biarkan engkau lemah wahai hati.
Aku perlukan engkau untuk temani aku saat kesunyiaan.
Aku mahu berbicara denganmu walaupun ianya hanya suara bisu.
Ikhlasnya nukilan ini ku coretkan, berdasarkan kata hati yang menggerakkan jari jemariku untuk diluahkan dalam penulisan ini.

Kasihan hatiku. Sering menangis. Sering terluka. Kerana siapa ? Kerana engkau.
Biarlah.. Biarlah setajam mana belati yang kau punya. Setajam mana cara yang kau tunjukkan.
Hatiku tetap utuh kerana pahatannya takkan mungkin terlerai.
Kerana..... KAU.

-NUKILAN ISMIE AINA-

Tujuan ber-Blogger

Bismillahirrahminirrahim~
Assalamualaikum wbt~

Blog ni dibuat masa November 2013..
Dan baru sekarang bulan Februari 2014 feel nak update macam-macam selepas melihat beberapa blog yang share tentang perkara-perkara yang menarik.
Jadi terlintas difikiran nak update sesuatu hasil daripada kata kata yang ingin dikongsi atau benda yang baru dan belum diketahui.

Umum mengetahui kweujudan blog ni ibarat diary yang kita di alam maya. Ye betul.
Tapi ingat.. Hati-hati dengan penggunaannya, takut mendatangkan sebarang fitnah atau salah faham.
Seeloknya jadikan blog ini sebagai wadah untuk kita meluahkan rasa dan niat yang baik, menambah ilmu. Dan sudah tentu sedikit demi sedikit dapat membimbing kita ke arah menjadi insan yang bermotivasi.
Hati hati. Takut tersilap langkah, bawa padah.

Blog ini mungkin akan saya jadikan sebuah laman cerita cinta maya tanpa henti. Berbeza tajuk. Berbeza gaya. Berbeza rupa. Berbeza rasa.
Bersama sekali saya sertakan info. Nasihat. Pengalaman yang boleh mendidik jiwa kita dalam mengejar cinta dan redha Allah swt.

Daku mahu jadi seorang yang petah berbicara. Tapi peluang tidak mahu datang menghampiriku. Bukan aku tidak mencari peluang itu. Cuma langkah perjalanan ini ku rasa masih belum ku cukupkan dan penuhkan hati ini dengan ilmu. In Sha Allah. Rezeki ada di mana-mana. Ia tidak datang bergolek! Ayuh.. Kita cari bersama.
Moga kita jadi insan special disisi Allah swt. ^^

Saksi kepada DOSA

Bismillahhirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wbt.

Saksi kepada dosa ? Menarikkan tajuk. Jom saya terangkan pendapat saya dan kaitannya dalam Islam.

First point is "Laman Sosial". Ahh tak perlulah nak sebutkan, terlalu banyak laman-laman sesawang yang membolehkan kita bersosial, berinteraksi dan berkenalan kononnya. Tapi adakah anda sedar, 1% mungkin anda akan menjadi saksi kepada dosa.

Kalau anda sedar, pelbagai button yang ada yang membolehkan kita jadi Saksi dosa itu.
( Like. Comment. Share. Follow. ) dan lain-lain butang yang tidak disebutkan.
Baiklah. Saya bagi contoh situasi.

Nama adalah contoh sahaja. Tiada kaitan sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati.

***Situasi A.
Lia update gambar profile nya yang tidak menutup aurat.
Muncul 1 Like. Muncul 1 Comment. Selang beberapa minit muncul 1 Share. Dan seterusnya muncul 1 follower yang baru.***

Ini yang dinamakan Saksi kepada dosa atau lebih tepat saksi kepada si pendosa.
Allahu Akhbar ! Itu baru 1 setiap button. Kalau beribu ? Hang nak jawap ke dekat akhirat. Kalau nak jawap.. Teruskan. Jadilah saksi kepada Lia di akhirat. Bila Allah swt soal Lia kelak, kamulah yang akan mengaku menjadi saksi kepada dosa Lia.

Mungkin kita anggap perkara ini remeh. Tak penting. Tapi INGAT ! Setiap apa yang kita lakukan di bumi Allah swt ini akan dihisab walau sebesar zarah sekalipun perlakuan itu.
Jadi setiap perlakuan kita mestilah tidak tergopoh-gopoh dan berhati-hati dalam semua urusan.

- JUGA SEBAGAI PERINGATAN UNTUK DIRI YANG ALPA INI - Wallahualam~