Saturday, 1 November 2014

Its okay to LIE

Bismillahirrahmanirrahim ~

Adakalanya
Bila mana kita cuba untuk kuat
Banyak dugaan datang
Banyak halangan tiba
Banyak ujian yang Allah beri

Kita dah sedaya upaya
Tetapkan hati
Tetapkan emosi
Tetapkan pemikiran
Ingin jadi kuat katanya
Ingin jadi manusia
Yang penuh rasa tabah
Tak pernah lelah untuk sabar

Benarkah ?
Kata mereka
Orang yang kuat ini
Bila dia mampu bahagiakan
Orang lain
Dengan penuh rasa ikhlas
Walaupun
Dirinya sendiri
Sedang merintih berduka
Dan
Jatuh terluka

Kalau itu benar
Beruntunglah
Beruntung jadi si dia
Yang 'kuat' itu
Pasti dia yakin
Yakin pada ya Rabb
Yang Dia pasti akan beri
Beri kebahagiaan
Buat diri dia yang tabah itu
Satu hari nanti
Pasti!

Kuat?
Bila diri manusia
Masih mampu senyum
Untuk menipu dunia
Untuk tutup
Segala calitan kesedihan
Yang ada pada wajahnya
Apa hebatnya senyum ?
Sampai mampu
Membutakan kebanyakan mata
Sehingga kabur
Untuk melihat
Pedihnya sebuah senyuman

Sedarlah
Itu senyuman palsu
Berapa kali lagi
Manusia perlu lakukan
Untuk menipu dunia
Menipu diri sendiri
Dengan
Senyuman yang terlalu
Bodoh!

Tapi
Hakikat yang nyata
Bila manusia kuat
Pastinya sabar juga menyusul

Kenapa perlu menipu dunia ?
Kerana tiada kebahagiaankah ?

Atau

Manusia sendiri tak pernah bersyukur
Hanya ingin
Hanya mahu
Hanya pinta
Apa yang paling dikehendaki

Tak sedar
Yang Allah aturkan
Sesuatu lebih baik
Tak semestinya
Kemahuan kita
Paling terbaik untuk kita

Allah sebaik perancang.

Siapa kata
Tidak boleh menipu
Menipu diri sendiri
Hanya untuk
Tidak tunjuk kesedihan
Pada yang lain

Hanya diri kita dan yang Esa
Tahu apa yang dirasa.

Mungkin aku rindu.

Bismillahirrahmanirrahim~

Allah,
Mungkin dia tidak tahu
Apa yang aku rasa
Apa yang aku fikirkan
Sekarang dan detik ini

Aku sendiri
Masih terkapai sebuah bayangan
Mengharap pada sang cinta
Yang amat dirindui

Apa salahnya aku
Hingga hati aku
Terasa perit
Terasa sakit
Seperti ada yang menusuk
Ada yang menikam
Ada juga yang memijak

Tak layakkah
Untuk aku punya rasa rindu
Rindu yang telah lama
Aku pendam sendiri
Sakit juga
Yang sangat lama
Aku pendam sendiri

Saturday, 4 October 2014

USRAH DIARIES 1 ;; Lets cover our aurah the right way!

Wailayahadratin nabiyyil musthofa warasulillahi sallallahu alaihi wassalam,
wa'ala alihi wa'ashabihil kiramil fatihah....

..بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt,

-lets cover our aurah the right way!-

Dunia ini penuh dengan perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan ialah WANITA SOLEHAH.

Dan salah satu ciri-ciri yang menyempurnakan wanita solehah itu adalah dengan menjaga auratnya.

Islam telah menetapkan kadar aurat yang perlu dijaga oleh wanita serta menggariskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam berpakaian. 

Aurat merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan.

Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.

Semua anggota tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan.
Walau bagaimanapun jika mendedahkannya boleh menimbulkan fitnah, maka wajib juga ditutup iaitu sebagai langkah menutup pintu fitnah.
Sebagai 'Penguat' kepada perintah Allah tentang aurat ni..

Firman Allah S.W.T, Maksudnya:" “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."" (Surah An Nur : Ayat 31)

*****

*Dalil aurat wanita*
Suatu ketika, Rasulullah SAW pernah bersabda : Maksudnya : "“Wanita itu aurat, maka bila ia keluar rumah, syaitan terus memandanginya (untuk menghias-hiasinya dalam pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah).”" (Disahihkan oleh al-Imam al-Albani rahimahullah dalam Sahih at-Tirmidzi, al-Misykat no. 3109, dan al-Irwa’ no. 273. Dishahihkan pula oleh Al-Imam Muqbil ibnu Hadi Al-Wadi’i rahimahullahu dalam Ash-Shahihul Musnad, 2/36)

*****

""Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." "(Surah Al-Ahzab : Ayat 59)

*****

Dalam hadis Hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu 'anhu, bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, "Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).

*****************

KEPALA ;; 

Semua mesti fikir tudungkan ? Iyelah apa lagi yang mampu tutup kepala kita kalau bukan tudung, ye dak Hawa ? 

Tapi bila dah bertudung, kenapa mesti ada lagi yang....

 Tak pakai skarf dengan alasan 'ala lecehlah nanti susah nak bentuk'

 Tudungnya pendek sependek-pendeknya sampai tutup paras leher je.

 Tudung yang dah di  jatuhkan atas dada tapi Allahu pendek pula di belakang.

 Tudung yang dah perfect, sudah tutup lebih dari dada, panjang depan belakangnya okey tapi masyaAllah.. Jarang pula..

 Bila rasa dah perfect semua.. Tiba-tiba terlupa yang labuh tu hanya depan dan belakang, tak lebih pun dari bahu. Cuba angkat tangan? Orang boleh nampak macam-macam aset dari tepi wahai Hawa.

 Jadi.. Ciri-ciri kesempurnaannya ialah..

;; Skarf @ inner neck penting untuk lindung rambut kita dari terlihat semasa pakai tudung

;; istilah labuh itu adalah apabila tudung awak itu labuhnya di depan yang melebihi dada ye, bukan sekadar tutup dada.. Labuh yang sama di belakang. Dan juga kiri kanan bahu.

;; Sebabnya ?
Tangan Hawa yg aktif ni bukan kah banyak pergerakannya ?
Jadi..
Jangan anggap dengan tudung yang macam ni buat pergerakan kita terbatas, tapi sebenarnya boleh selamat dari benda yang tak diingini contohnya bermula dari perkataan TER nampak.
Insha Allah jika kita yakin dengan tudung dikepala kita yang sudah labuh ni, Mudah mudahan Allah akan jauhkan juga semua keburukan dan fitnah.

TANGAN ;;

Okey, dekat mana yang si Hawa ni selalu tersilap?

 Pakai handsock yang ketat. Membalut tangan

 Panjang lengan baju nya tak sampai pun pergelangan

 lagi perit bila lengan @ tangan tak ditutup langsung

 bila lengan dah okey, tak sedar pula yang pergelangan tangan selalu sangat terdedah.
Gerak sikit je terdedah.
Pergelangan tangan tu aurat ye sayang.

 Jadi ciri-ciri kesempurnaannya ialah..

;; Siapa kata susah nak jaga ? Awak je rasa benda tu susah..

;; sekalipun lengan dah labuh, tapi taknak pakai handsock di dalam nya, pastikan dekat lengan tu ada butangnya. Apa tu orang kata ? Yang bertutup di pergelangan.

;; sekarang ni handsock dah ada macam-macam, cantik-cantik, harga pun mampu milik,
Apa lagi yang Allah swt dh sulitkan buat kalian ?
Nak buat baik semua awak permudahkan sayang...

;; ingat pergelangan tangan tu. Yang si Hawa selalu pandang remeh. 

BADAN ;;

Ha, Si hawa ni Allah bagi bentuk tubuh badan. MasyaAllah cantik2 belaka.
Tapi sayangnya masih ada...

yang ketat & melekat

betul-betul ikut bentuk badan

jarang & nipis

tak labuh melebihi punggung

 Jadi ciri-ciri kesempurnaannya adalah..

;; labuhkan pakaian mu hawa, banyak lagi blouse muslimah. Sekarang memang dah senang nak pakai.

;; pilih kain yang kema dengan badan.

;; warna tu pastikan jangan menyala sangat.
Mata liar ramai memandang

;; bagi certain orang yang mungkin pinggang @ pinggul besar. Usahakan utk cari pakaian yg lebar dibahagian tu.

Bukan kan itu aset utk para hawa juga ? 

KAKI ;; 

Kaki ni memang macam-macam saiz ada.
Kecik besar panjang pendek.
tapi hakikatnya...

 Pakai seluar yang nampak bentuk paha

 seluar yang masyaAllah ketat sampai senak kaki nak berjalan

 yang terkoyak sana-sini konon trend

 seluar yang lansung tak sampai paras buku lali

 seluar yang atas paha lagilah

 malang, bila dah sempurna seluarnya..
Jari-jari kaki lupa pula nak tutup.

 Jadi ciri-ciri kesempurnaannya adalah

;; Seeloknya jika Hawa pakai kain @ skirt. lebih sopan kan ? jalan pun lebih teratur.

;; Misal kata kita bukan perempuan yang terlalu girly sangat, boleh je pakai seluar, takde masalah. Tapi baju labuhkan sampai melebihi punggung!

;; Ha jangan lupa kaki tu, pakai stokin.
cuba fikir ye, bukan ke pakai stokin tu buat kaki ukhti semua dapat elak dari melecet ?

See.. Allah jaga kita 

Akhir kata,
Bila kita dah sempurna semuanya,
Didik hati untuk istiqamah.
Jaga iman setiap hari.
Moga Allah sentiasa lindungi kita ya ukhti.

"Rabbi tammim bilkhair"
Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan~

Sekian. Jazakallahu khairan kathiran~

Aassif jika ada silap di mana2.
Mohon betulkan, baik itu dtgnya dari Allah, yg kurang @ buruk itu dari saya sendiri.

Sunday, 14 September 2014

Did he ?

Iwonder if
he missed me
even the slightest of it
but
the question is
did he?

I wonder if
He cared about me
Even the slightest of it
But
The question is
Did he ?

I wonder if
He loved me
Even the pieces of it
But
The question is
Did he ?

Cc:: Ayna

Sunday, 7 September 2014

Aku juga punya hati

Bismillahirrahmanirahim~

Entah,
Aku tak tahu untuk mulakan dari mana
Untuk aku bercerita lagi tentang hati
Entah kenapa
Aku terlalu memikirkan tentang hati
Yang selalunya hanya hati orang yang aku kisah
Hati sendiri ? Merana
Terlalu merana

Entah,
Aku tak tahu aku ini sebenarnya kuat atau tidak
Aku tak tahu aku ini mampu untuk hapuskan sedih ini atau tidak
Aku tak tahu semuanya
Apa yang aku tahu ? Sakit
Ye, hati aku sakit

Entah,
Aku rasa orang anggap aku dah tak punya hati
Aku ni macam takde perasaan
Padahal aku selalu menangis
Menangis
Aku dah tak dapat rasa bahagia
Buat masa ni
Sebab apa ? Sedih.
Sedih dengan mu sayang.

Entah,
Aku rasa aku terlalu lurus
Terlalu baik
Terlalu sayang
Ah terlalu semua lah berkaitan denganmu
Ini semua sebab sayang
Tapi kenapa semakin hari
Semakin engkau buat aku rasa sesuatu
Rasa apa ? Bodoh.
Ye, bodoh berharap padamu.

Entah,
Aku tak tahulah apa yang aku cakap kali ni
Aku cuma meluah rasa
Dalam sepi, dalam diam
Aku takut untuk bercerita pada insan lain
Hamba Allah yang lain
Sebab aku takut,
Dia mungkin hanya mendengar
Tapi takkan mungkin mampu rasa
Apa yang sebenarnya tersirat dalam lubuk hati

Entah,
Hasil dari perkataan 'entah'
Cukup jelas yang aku sendiri tak tahu apa yang sedang ingin aku bicarakan
Aku memang tahu erti penat untuk menangis
Tapi,
Aku memang lemah mungkin ?
Yelah aku tak kuat.

Allah,
Jadikan nukilan ini sebuah coretan dariku supaya Kau tahu isi hati hambaMu ini sekarang ya Allah.
Allah....
Aku perlukan penawar untuk hatiku ya Allah....
Tolong.
Pesan pada dia.
Aku masih punya hati.
Yang tak pernah henti untuk mencintainya.

Friday, 5 September 2014

Warkah buat Hawa

Bismillahirrahmanirrahim~

Warkah buat Hawa
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang
solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau
sudah bersuami jadilah
isteri yang meringankan
beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah
anakmu sehingga
dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin
jangan kau risau
jodohmu,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik
adalah untuk
lelaki yang baik.
Hawa
Lelaki yang baik
tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh
tidak memilih wanita melalui
keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai
wanita melalui keayuannya,
keremajaannya, serta
kemampuannya mengoncang
iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik
akan menilai wanita melalui
akhlaknya,
peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.
Lelaki yang warak juga
tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu
apa matlamat dalam sebuah
pertemuan lelaki dan wanita
yakni sebuah
perkahwinan.
Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan
tiada cinta daripada adam
untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah
memenuhi
dan menyinari
kekosongan jiwamu,
biarlah hanya
cinta daripada
kedua ibu bapamu
yang memberi
hangat kebahagiaan
buat dirimu , cukuplah
sekadar cinta
adik- beradik
serta keluarga yang
membahagiakan dirimu.
Hawa..
Cintailah Allah
di kala susah dan senang
kerana
kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang
juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan
perolehi keredhaan
Allah.
Cintailah keluargamu
kerana kau tak akan
jumpa cinta
yang bahagia
selain dari cinta
keluarga.
Janganlah sesekali
tangan yang
mengoncang dunia
juga yang mengoncang iman
lelaki. 

Monday, 1 September 2014

Pesan pada dia

Bismillahirrahmanirrahim~

Allah..
Kenapa, kenapa aku rasa begitu sakit ya Allah.
Kesedihan yang Kau beri cukup memeritkan hatiku ya Allah.
Ujian kah ini, Allah?
Tetapi kenapa mesti dia Allah..
Dia yang aku sayang,
Sekarang seperti langsung tidak punya perasaan lagi.
Dia terlalu menyeksa perasaan ku ya Allah.

Allah..
Sakit... Sakitnya aku menangis dalam diam.
Apa lagi yang dia mahukan ya Allah ?
Aku lemah ya Allah.
Lemah..
Aku tak punya apa-apa selain hati ku yang lembut ini ya Allah.

Allah..
Mengapa dengan dia ?
Berubah mengikut arusnya waktu.
Dia terlalu jauh kedepan.
Dia biarkan aku terkapai sendirian.
Aku tak mampu mengejar perubahannya.
Bagaimana mungkin ingin ku kata padanya,
Sedangkan sedikitpun dia tidak menoleh untukku.

Allah,
masihkah kau selitkan kebahagiaan untukku ?
Atau mungkin aku yang terlalu berharap sebuah pujukan dan kata maaf darinya ?

Allah,
bila pula tiba masanya untukku ?
Aku ingin pergi jauh ya Allah.
Dia sudah tidak pedulikan aku.
Aku bukan lagi siapa-siapa.
ya Allah.. ya Rabb..
Bantu aku..
Sakit ya Allah. Sakit.....

Saturday, 30 August 2014

Pengajaran buat ukhti

Bismillahirrahmanirrahim~

Jujur aku tak tahu nak mulakan macam mana entri kali ni.
Ini soal hati.
Directly cakap,
Dalam memburu solehah, ada kala dia lelah.
Dia lemah, dia tersalah langkah.
Dia tergelincir ke jurang ikhtilat yang dia sendiri tak sedar.
Dalam menggapai gelaran si soleh, syabab itu terjatuh.
Sangkanya itu tak mengapa.
Namun sebenarnya dia membenarkan syaitan menipu daya.
Member minta aku buat entri ni.
Untuk tegur dia, untuk tegur orang yang dia sayang, untuk tegur aku, untuk tegur kita.
Kadang kita leka dengan dunia.
Kita tahu, berubah ni step by step.
Tapi kadang kita lupa, syaitan punya stail nak sesatkan manusia pun step by step.
Sedangkan syaitan ni dah hasut berjuta manusia dari zaman Nabi Adam, setakat kita yang iman tak kuat mana ni lagi senanglah kan diorang nak hasut.
Lalu tanpa sedar, masing-masing tergelincir.

Aku tak kata tak boleh langsung berhubung dengan ajnabi. Tapi ada batas. Selagi belum nikah, selagi tu ada batas. Ingat?
Mula-mula berbual benda penting.
Mesej bila ada urusan.
Contact pun benda-benda yang ada kepentingan.
Lama-lama, makin pelik konsep perbualan tu.
Benteng batasan syariat tu macam pecah secara perlahan.
Akhirnya berbual bertanya khabar, benda-benda yang tak penting sangat sebenarnya.
Sejam tak dapat mesej dari orang tu, hati dah mula resah.
Rasa serba tak kena.
Waktu tu kondisi iman mula yanqus, menurun.
Lemah. Goyah. Tapi kita tak sedar.
Kita rasa, "Ala biasalah ni. Nama pun sayang."
And perkara ni aku dah lama cakap dengan kawan aku ni.
Dia pun, mula-mula malas nak dengar. Abaikan nasihat aku, nasihat member lain.
Iyalah, kadang kita nampak yang berbeza jantina ni lebih ambil berat pasal kita, sedangkan yang sejantina ni ramai lagi yang sudi ambil berat sebenarnya.

Aku dan geng-geng RKS (Remaja Koya Sejati) ni pun basuh punya basuh budak sorang ni, akhirnya dia mengalah.
Okay aku tahu sakit tu macam mana. Pedih. Yes.
Lepaskan orang yang kita sayang, sebab nak tengok dia bahagia raih cinta Dia.
"Macam mana kalau aku bangun tidur, tak ada mesej dari dia? Kosong doh hidup."
"Kau mampu, insyaallah. First week mungkin susah sikit, lama-lama kau boleh."
"Tapi aku sayang gila kat dia. Aku sayang gila."
"Kalau sayang, mesti sanggup melepaskan, kan?"
"Kau bukan kat tempat aku, bolehlah cakap."
"Ya, memang aku bukan kat tempat kau. Tapi kau kena faham, aku tak sanggup tengok orang-orang yang aku sayang, tergelincir free-free je sebab syaitan."
"Kami bukan cakap benda lagha pun."
"Okay tak lagha. Tapi aku tahu, dalam solat kau, kau ingat dia, kan?"
"Mestilah ingat."
"Waktu study kau ingat dia kan?"
"Ya..."
"Waktu makan kau teringat conversation kau dengan dia, kan?"
"Hm."
"Sebelum tidur, kau mesej dia kan?"
".........."
"Bangun tidur, kau cari phone, check ada mesej dari dia tak, kan?"
"Hm."
"Kau buat apa pun kau ingat dia, kan?"
"Aku sayang dia!"
"Kalau sayang, kau mesti nak tengok dia ke syurga, kan?"
"Ya."
"Jadi kau kena lepaskan dia, atas dasar sayang kau pada dia, sayang kau pada agama, sayang kau pada yang ciptakan korang berdua. Lepaskan dia, boleh?"

Dia nangis.
Untuk pertama kali, aku guna cara paksaan sampai orang menangis sepanjang lalui proses tarbiyah dakwah ni.
Aku minta maaf.
Ini bukan sengaja.
Aku sayang kau.
Kami sayang kau.
Macam mana kau sayang dia, aku nak kau tahu, kasih sayang Allah pada korang berdua, pada kita semua lebih luas daripada tu.

//Hasil perkongsian sahabat.

Tetapkan hatimu pada satu cinta yang agung. Iaitu hanya pada Allah swt. Ya, Allah yang satu.