Friday, 5 September 2014

Warkah buat Hawa

Bismillahirrahmanirrahim~

Warkah buat Hawa
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang
solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau
sudah bersuami jadilah
isteri yang meringankan
beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah
anakmu sehingga
dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin
jangan kau risau
jodohmu,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik
adalah untuk
lelaki yang baik.
Hawa
Lelaki yang baik
tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh
tidak memilih wanita melalui
keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai
wanita melalui keayuannya,
keremajaannya, serta
kemampuannya mengoncang
iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik
akan menilai wanita melalui
akhlaknya,
peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.
Lelaki yang warak juga
tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu
apa matlamat dalam sebuah
pertemuan lelaki dan wanita
yakni sebuah
perkahwinan.
Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan
tiada cinta daripada adam
untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah
memenuhi
dan menyinari
kekosongan jiwamu,
biarlah hanya
cinta daripada
kedua ibu bapamu
yang memberi
hangat kebahagiaan
buat dirimu , cukuplah
sekadar cinta
adik- beradik
serta keluarga yang
membahagiakan dirimu.
Hawa..
Cintailah Allah
di kala susah dan senang
kerana
kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang
juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan
perolehi keredhaan
Allah.
Cintailah keluargamu
kerana kau tak akan
jumpa cinta
yang bahagia
selain dari cinta
keluarga.
Janganlah sesekali
tangan yang
mengoncang dunia
juga yang mengoncang iman
lelaki. 

No comments:

Post a Comment