Friday, 25 April 2014

Rintihan Qalbu //- Qalam Band

Ku rasakan sepi hati bila kau tiada disini
Ku rasakan hampa hati bila kau tiada disini
Menemani ku menemani ku

Tak ada yang bisa mencintai diri ku
Seperti kau mencintai ku
Tak ada yang bisa mengerti hati ku
Seperti kau mengerti aku

Seperti detik tak disini
Bila kau jauh dari ku
Seakan mimpi tak bererti
Bila kau jauh dari ku

Aku seperi khayal
Yang tak ada penghujungnya

Tak ada yang bisa mencintai diri ku
Seperti kau mencintai ku
Tak ada yang bisa mengerti hati ku
Seperti kau mengerti aku

Tak ada yang bisa mencintai diri ku Seperti kau mencintai ku
Tak ada yang bisa mengerti hati ku
Seperti kau mengerti aku

Tak ada yang bisa mencintai diri ku
Seperti kau mencintai ku
Tak ada yang bisa mengerti hati ku
Seperti kau mengerti aku

Tak ada yang bisa mencintai diri mu
Seperti ku mencintai mu
Tak ada yang bisa mengerti hati mu
Seperti kau mengerti aku

Today's pain

Aku terlalu lemah.
sehingga aku hanya mampu diam.
Tanpa sebarang kata.
bukankah diam itu lebih baik daripada berkata-kata ?
ya.. memang baik.
tapi aku rasa sangat lemah.
tak tertahan lagi semua rasa ni.
mahu ku hambur pada siapa amarah ini.

Aku takut meluahkan kata.
risau mengguris hatimu.

Aku takut memarahimu.
takut kau berpaling dariku.

Aku takut segala-galanya.
iaitu segala perbuatan yang membuatkan aku kehilangan engkau.

Tapi harini..
keadaan ku makin lemah.
aku makin jatuh..
jatuh dan terlalu kecewa.

Lillahita'ala aku dah tidak mampu untuk bangun.
kau lepaskan genggaman ku.
membiarkan aku menyimpan beribu kedukaan yang engkau tidak pernah tahu.

Aku.. sakit.
sakit sangat Ya Allah.
aku mengharap engkau untuk mencariku.
tapi aku terlupa sesuatu.
sesuatu yang aku rasa..
engkau sudah biasa tiada aku disisimu.
jadi kau takkan rasa pemergianku...

Aku insan lemah.
semua harapan aku musnah.
aku rasa bodoh menyimpan semua perasaan ku.
sedangkan kau sendiri tidak tahu.
aku tahu segalanya tentang penipuan mu.

aku pergi..
itu yang engkau mahu.
Terima kasih.

lagu buatmu..
//Rintihan Qalbu- Qalam Band.

Today, I sad. Assalamualaikum.

Thursday, 24 April 2014

Letih dengan pembohonganmu

Benar,
jika sabar itu mempunyai TAHAP,
Ia tak layak dipanggil sabar.
Bukan 'Sabar' lah jika kita sering meletakkan tahap pada setiap kesabaran diri sendiri.
Manusia tidak sempurna, tetapi Allah swt juga menetapkan kesempurnaan pada diri seseorang untuk melengkapkan yang lain.

Hari ini, Aku kecewa lagi.
Tapi tiada siapa tahu rintihan aku.
Allah swt mengerti.
Sungguh. Aku penat dibohongi.
Tapi kenapa aku masih terlalu lembut dengan penipuan ni.
Kenapa ?
Huh..
Ya Allah. Sakit hatiku ini ya Allah. Aku hanya mampu merintih. Melihat. Pendam.
Sempatkah aku jumpa kebahagiaan ?
Aku rela 'pergi' untuk selamanya jika aku tahu aku tidak mempunyai kebahagiaan.

Ya Allah.
bukan niatku untuk mempersoalkan segala perancangan Mu.
Tetapi aku tahu, aku harus teruskan juga tempuh segalanya selagi masih bernafas.

Kali ini, aku rasa sesuatu yang teramat sangat sukar.
Susah ditafsir.
Rasa yang bercampur.

Aku tahu,
aku tak layak dihargai.
aku bukan insan utama dalam hidupmu.
aku bukan insan penting dalam kehidupan seharian mu.
aku bukan terlalu istimewa pada padanganmu.

Aku cuba menghargaimu,
walau tanpa sedar kau melihatku.
walau tanpa sedikit pun memandang usaha ku.
Hari ini aku terluka lagi.
marah. geram. sakit hati  ? semua. :'((
Dan engkau hanya membiarkan aku.

Hanya Allah swt betapa lembutnya hati wanita.
Tapi.. Engkau maha mengetahui ya Allah.
Sudah berkali aku lalui.
Aku pendam. Dan aku simpan.
Sehingga hari ini baru aku sedar.
I mean nothings to you.

Aku senang diperbodohkan.
Aku senang memaafkan.
Tetapi bukan bererti aku tidak tahu segalanya.
Kerana terlalu menjaga lah,
Aku selalu menangis.
Menangis dihati.

Itu sahaja aku mampu kerana airmata ku kering.
Dan lebih sakit lagi menangis di hati berbanding di mata.
Kau takkan pernah sedar luahan ini. Sehinggalah aku tiada lagi nanti.

Teruskan pembohonganmu.
Aku hargai.
Walaupun engkau tidak pernah menghargai setiap detik kehadiranku.

Aku redha.
Wassalam.
- Ismieaina-

Wednesday, 23 April 2014

Special Quote

Tuhan (Allah), Saat aku menyukai seorang teman, Ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir, Sehingga aku tetap bersama yang Tak Pernah Berakhir. Tuhan (Allah), Ketika aku merindui seorang kekasih, Rindukanlah aku kepada yang rindu cinta sejati-Mu (Allah), Agar kerinduanku terhadap-Mu (Allah) semakin menjadi. Tuhan (Allah), Jika aku hendak mencintai seseorang, Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu (Allah), Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu (Allah). Tuhan (Allah), Ketika aku sedang jatuh cinta, Jagalah cinta itu, Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu (Allah). Tuhan (Allah), Ketika aku ucap aku Cinta padaMu (Allah), Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada-Mu (Allah), Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu (Allah), Sebagaimana orang bijak berucap, Mencintai seseorang bukanlah apa-apa, Dicintai seseorang adalah sesuatu, Dicintai oleh orang yang Engkau (Allah) cintai sangatlah bererti, Tapi dicintai oleh Sang Pencinta adalah Segalanya.

Kehebatan luahan dalam penulisan.

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt..

Maksud tajuk entri kali ni adalah..
'Seseorang yang suka meluah isi hati  dalam bentuk karya penulisan'
Okey. That's me. YES.. me!

Kenapa menulis bagi kepuasan ?
Ladies and gentlement..
Ada ke orang yang rasa apa yang ada dalam hati kita ? Tak kan ?
Orang mungkin kata 'paham' tapi mereka tak pernah rasa.
Tetapi.. Luahan berbentuk penulisan ni bukan bermaksud diari.
Im not typical diary girl.
Just untuk meluahkan rasa yang teramat sakit. Sedih. Suka. Duka dan lain-lain apabila dah tak mampu nak berkata-kata.
For me, saya menulis atas sebab tak nak luahkan rasa itu dengan perbuatan. Contohnya marah.
Rasa terlalu marah sangat sampai  buat kita sakit mata menangis pun tak guna juga bila kita tak buat sesuatu yang boleh memuaskan hati sendiri.
Selain tu, luahan yang kita buat dalam penulisan juga akan terus direct dari hati.. Apa yang terlintas, itulah yang ditulis.
Lain dengan luahan perbuatan. PASTI NOT 50% DATANG DARI HATI.
Menulis boleh buat kita rasa enjoy dengan apa yang kita tulis sebab tiada sesiapa yang akan tahu.
(macam blog ni lah -,- takde ramai orang yang tahu kewujudannya)
Dengan menulis, kita bebas nak tulis apa sahaja mengikut gerak tari tangan kita ketika menulis atau menaip.

Hmm seriously, today i feel bad.
Little bit worst but i dont know why.
Mood down.

Sesuatu itu adalah sebaik-baik perancangan Allah SWT.
Aina. Hilangkan lah rasa itu.
Rasa yang tidak penting tu. Rasa yang tiada gunanya lagi.

P/s : Alfatihah untuk rakan seperjuangan ku yang telah kembali ke rahmatullah , Nurul Rafiqah binti Razak . I miss you dear friend. 21April2014.

Wednesday, 9 April 2014

Tanpa Rasa

Aku hanya mampu memerhati,
Memerhati gelak tawa cinta hatiku,
Di ruangan yang sukar dilihat,
Di tepi sudut yang sukar dijangka..
Aku hanya mampu merenung,
Tentunya hanya dari kejauhan,
Menggapai tangan yang tak mungkin terlihat..
Aku hanya mampu memendam rasa,
Yang tidak penting untuk disimpan,
Yang hanya memusnahkan sebuah rasa yang lebih indah..
Benar, hatiku tidak sekuat tembok cina,
Tapi aku juga cuba utuhkan hati ini untuk berasa kuat,
Mungkin lebih kuat dari tembok yang pasti akan runtuh itu..
Aku hanya mampu menahan,
Tatkala hati sering menangis kesedihan.
Tatkala hati sering menangis kehampaan..
Sukar untuk membiarkan cemburu ini bertakhta..
Tapi kasih ku kuat untuk menepis rasa yang tidak patut muncul.
Jadi apa yang harus aku lakukan untuk menyemadikan rasa cemburu itu?
'Ku hanya tunggu kata maaf darimu..'