Aku terlalu lemah.
sehingga aku hanya mampu diam.
Tanpa sebarang kata.
bukankah diam itu lebih baik daripada berkata-kata ?
ya.. memang baik.
tapi aku rasa sangat lemah.
tak tertahan lagi semua rasa ni.
mahu ku hambur pada siapa amarah ini.
Aku takut meluahkan kata.
risau mengguris hatimu.
Aku takut memarahimu.
takut kau berpaling dariku.
Aku takut segala-galanya.
iaitu segala perbuatan yang membuatkan aku kehilangan engkau.
Tapi harini..
keadaan ku makin lemah.
aku makin jatuh..
jatuh dan terlalu kecewa.
Lillahita'ala aku dah tidak mampu untuk bangun.
kau lepaskan genggaman ku.
membiarkan aku menyimpan beribu kedukaan yang engkau tidak pernah tahu.
Aku.. sakit.
sakit sangat Ya Allah.
aku mengharap engkau untuk mencariku.
tapi aku terlupa sesuatu.
sesuatu yang aku rasa..
engkau sudah biasa tiada aku disisimu.
jadi kau takkan rasa pemergianku...
Aku insan lemah.
semua harapan aku musnah.
aku rasa bodoh menyimpan semua perasaan ku.
sedangkan kau sendiri tidak tahu.
aku tahu segalanya tentang penipuan mu.
aku pergi..
itu yang engkau mahu.
Terima kasih.
lagu buatmu..
//Rintihan Qalbu- Qalam Band.
Today, I sad. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment