Benar,
jika sabar itu mempunyai TAHAP,
Ia tak layak dipanggil sabar.
Bukan 'Sabar' lah jika kita sering meletakkan tahap pada setiap kesabaran diri sendiri.
Manusia tidak sempurna, tetapi Allah swt juga menetapkan kesempurnaan pada diri seseorang untuk melengkapkan yang lain.
Hari ini, Aku kecewa lagi.
Tapi tiada siapa tahu rintihan aku.
Allah swt mengerti.
Sungguh. Aku penat dibohongi.
Tapi kenapa aku masih terlalu lembut dengan penipuan ni.
Kenapa ?
Huh..
Ya Allah. Sakit hatiku ini ya Allah. Aku hanya mampu merintih. Melihat. Pendam.
Sempatkah aku jumpa kebahagiaan ?
Aku rela 'pergi' untuk selamanya jika aku tahu aku tidak mempunyai kebahagiaan.
Ya Allah.
bukan niatku untuk mempersoalkan segala perancangan Mu.
Tetapi aku tahu, aku harus teruskan juga tempuh segalanya selagi masih bernafas.
Kali ini, aku rasa sesuatu yang teramat sangat sukar.
Susah ditafsir.
Rasa yang bercampur.
Aku tahu,
aku tak layak dihargai.
aku bukan insan utama dalam hidupmu.
aku bukan insan penting dalam kehidupan seharian mu.
aku bukan terlalu istimewa pada padanganmu.
Aku cuba menghargaimu,
walau tanpa sedar kau melihatku.
walau tanpa sedikit pun memandang usaha ku.
Hari ini aku terluka lagi.
marah. geram. sakit hati ? semua. :'((
Dan engkau hanya membiarkan aku.
Hanya Allah swt betapa lembutnya hati wanita.
Tapi.. Engkau maha mengetahui ya Allah.
Sudah berkali aku lalui.
Aku pendam. Dan aku simpan.
Sehingga hari ini baru aku sedar.
I mean nothings to you.
Aku senang diperbodohkan.
Aku senang memaafkan.
Tetapi bukan bererti aku tidak tahu segalanya.
Kerana terlalu menjaga lah,
Aku selalu menangis.
Menangis dihati.
Itu sahaja aku mampu kerana airmata ku kering.
Dan lebih sakit lagi menangis di hati berbanding di mata.
Kau takkan pernah sedar luahan ini. Sehinggalah aku tiada lagi nanti.
Teruskan pembohonganmu.
Aku hargai.
Walaupun engkau tidak pernah menghargai setiap detik kehadiranku.
Aku redha.
Wassalam.
- Ismieaina-
No comments:
Post a Comment