Saturday, 30 August 2014

Pengajaran buat ukhti

Bismillahirrahmanirrahim~

Jujur aku tak tahu nak mulakan macam mana entri kali ni.
Ini soal hati.
Directly cakap,
Dalam memburu solehah, ada kala dia lelah.
Dia lemah, dia tersalah langkah.
Dia tergelincir ke jurang ikhtilat yang dia sendiri tak sedar.
Dalam menggapai gelaran si soleh, syabab itu terjatuh.
Sangkanya itu tak mengapa.
Namun sebenarnya dia membenarkan syaitan menipu daya.
Member minta aku buat entri ni.
Untuk tegur dia, untuk tegur orang yang dia sayang, untuk tegur aku, untuk tegur kita.
Kadang kita leka dengan dunia.
Kita tahu, berubah ni step by step.
Tapi kadang kita lupa, syaitan punya stail nak sesatkan manusia pun step by step.
Sedangkan syaitan ni dah hasut berjuta manusia dari zaman Nabi Adam, setakat kita yang iman tak kuat mana ni lagi senanglah kan diorang nak hasut.
Lalu tanpa sedar, masing-masing tergelincir.

Aku tak kata tak boleh langsung berhubung dengan ajnabi. Tapi ada batas. Selagi belum nikah, selagi tu ada batas. Ingat?
Mula-mula berbual benda penting.
Mesej bila ada urusan.
Contact pun benda-benda yang ada kepentingan.
Lama-lama, makin pelik konsep perbualan tu.
Benteng batasan syariat tu macam pecah secara perlahan.
Akhirnya berbual bertanya khabar, benda-benda yang tak penting sangat sebenarnya.
Sejam tak dapat mesej dari orang tu, hati dah mula resah.
Rasa serba tak kena.
Waktu tu kondisi iman mula yanqus, menurun.
Lemah. Goyah. Tapi kita tak sedar.
Kita rasa, "Ala biasalah ni. Nama pun sayang."
And perkara ni aku dah lama cakap dengan kawan aku ni.
Dia pun, mula-mula malas nak dengar. Abaikan nasihat aku, nasihat member lain.
Iyalah, kadang kita nampak yang berbeza jantina ni lebih ambil berat pasal kita, sedangkan yang sejantina ni ramai lagi yang sudi ambil berat sebenarnya.

Aku dan geng-geng RKS (Remaja Koya Sejati) ni pun basuh punya basuh budak sorang ni, akhirnya dia mengalah.
Okay aku tahu sakit tu macam mana. Pedih. Yes.
Lepaskan orang yang kita sayang, sebab nak tengok dia bahagia raih cinta Dia.
"Macam mana kalau aku bangun tidur, tak ada mesej dari dia? Kosong doh hidup."
"Kau mampu, insyaallah. First week mungkin susah sikit, lama-lama kau boleh."
"Tapi aku sayang gila kat dia. Aku sayang gila."
"Kalau sayang, mesti sanggup melepaskan, kan?"
"Kau bukan kat tempat aku, bolehlah cakap."
"Ya, memang aku bukan kat tempat kau. Tapi kau kena faham, aku tak sanggup tengok orang-orang yang aku sayang, tergelincir free-free je sebab syaitan."
"Kami bukan cakap benda lagha pun."
"Okay tak lagha. Tapi aku tahu, dalam solat kau, kau ingat dia, kan?"
"Mestilah ingat."
"Waktu study kau ingat dia kan?"
"Ya..."
"Waktu makan kau teringat conversation kau dengan dia, kan?"
"Hm."
"Sebelum tidur, kau mesej dia kan?"
".........."
"Bangun tidur, kau cari phone, check ada mesej dari dia tak, kan?"
"Hm."
"Kau buat apa pun kau ingat dia, kan?"
"Aku sayang dia!"
"Kalau sayang, kau mesti nak tengok dia ke syurga, kan?"
"Ya."
"Jadi kau kena lepaskan dia, atas dasar sayang kau pada dia, sayang kau pada agama, sayang kau pada yang ciptakan korang berdua. Lepaskan dia, boleh?"

Dia nangis.
Untuk pertama kali, aku guna cara paksaan sampai orang menangis sepanjang lalui proses tarbiyah dakwah ni.
Aku minta maaf.
Ini bukan sengaja.
Aku sayang kau.
Kami sayang kau.
Macam mana kau sayang dia, aku nak kau tahu, kasih sayang Allah pada korang berdua, pada kita semua lebih luas daripada tu.

//Hasil perkongsian sahabat.

Tetapkan hatimu pada satu cinta yang agung. Iaitu hanya pada Allah swt. Ya, Allah yang satu.

Friday, 29 August 2014

Dia terluka

Awak tak sedar ke ?
Atau awak memang nak lukakan hati dia ?
Apa salah dia ?
Apa salah dia wak..
Awak terlalu pelik.
Awak buat dia tertanya.
Awak dingin dengan dia.
Kenapa wak.. Kenapa ?

Awak,
Masih belum sedarkah yang awak luka kan dia ?
Sehingga awak sanggup tanya 'Luka ke hati dia tu?'
Allahuakhbar.....
Awak buat hati tu makin terluka.
Makin berdarah.

Awak,
Awak korban kan dia untuk kejar kejayaan awak ?
Tapi..
Kenapa awak makin rancak bahagia dengan yang lain,
Kenapa awak?
Kenapa... T.T
Awak tahu ?
Dia lembut.
Dia tahan semuanya.
Selepas apa yang dia buat untuk awak,
Ini kah balasannya ?

Oh, itukah caranya untuk kejar kejayaan?
Boleh tersenyum bahagia dengan yang lain,
Belajar bersama ajnabi,
Sentiasa bersocial,
Punya pelbagai keinginan dengan ajnabi yang lain.
Awak ingat dia diam, dia tak tahu apa-apa?

Dia diam.
Dia menangis.
Dia pujuk diri dia sendiri.
Sanggup kan awak ?
Awak biarkan dia sendiri.
Awak tak pernah endahkan dia.
Awak lebih sanggup layan orang yang lain.

Awak kata sekarang masanya untuk fikir masa depan.
Ibu bapa.
Kejayaan.
Ini kah caranya ?
Ini ?
Dengan melukakan hati dia ?

"Allah.. Jika dia inginkan itu semua. Bagi lah dia ya Allah."

Mungkin awak anggap hadirnya dia cuma penghalang untuk awk kejar kejayaan?
Sedangkan dia sentiasa di belakang untuk menyokong.
Awak belum tahu bersyukur kah ?
Dalam beribu orang yang tahu kelemahan awak,
Dia seorang je yang sentiasa ada.
Sentiasa menerima semuanya.

Apa salah dia awak ?
Dia cuma minta sebuah balasan.
Bukan layanan yang dingin.
Dia tahu kejayaan itu penting.
Berkat kah ilmu yang awak kejar ?
Tanpa awak sedar setiap langkah awak melukakan hati seseorang.
Setiap tindakan awak buat ibu bapa awak sedih.
Allah saja tahu.

Awak tak hargai dia.
Semudah itu semuanya awak ubahkan.
Dan semudah sekelip mata saja awak berubah.

Allahuakhbar.....
Sekali lagi ulang,
Dia tak pernah minta banyak...

Tapi..
CUMA AWAK YANG TAK MAHU MENGERTI,
TAK PERNAH AMBIL PEDULI,
TAK MAHU MENGHARGAI.....

Sayang dia ?
Kejarlah.... Dia tengah berjalan jauh dari awak...
Untuk cari ketenangan dari lukanya yang awak beri.
Dia sedang pegang hati awak.
Tapi hati dia dah berkecai...
Dia bawa sekali hati tu. Kejarlah. Rawat dia.........
Sebelum terlambat. :'((
Kejarlah...
Dia masih punya cinta buat mu.

Monday, 18 August 2014

Cemburu Sang Hati

Bismillahirrahmanirrahim~

H a t i ..
Kau cemburu pada dia yang sememangnya bukan milik kau.
Kau cemburu pada dia yang cuma kerdil disisi Allah swt.
Dia cuma hamba Allah swt, yang layak terima kebahagiaannya sendiri.
Maafkanlah dia jika benar kau terluka melihat dia dengan insan lain.
Kau siapa hati ?
Dia tidak pernah kisah tentang kebahagiaanmu,
Kenapa kau terlalu memendam rasa untuk cemburu pada dia ?
Dearself,
Kau siapa untuk halang dia bergaul dengan gadis lain ?
Kau siapa ? :(
Kau bukannya punya ikatan sah dengannya.
Kau bukan hak mutlaknya,
Kau memang permata,
Tapi kau langsung tak bersinar dimatanya,
Ya..
Mungkin aku pernah di beri perhatian,
Allah... Kenapa aku terlalu cemburu ?
Redha kan hatiku, Allah....

**Aku pernah setia
Walau dah beribu kali
Aku disakiti
Cuma satu
Aku pesan
Tabahkan hati
Selagi terdaya
Bumi ini berputar
Pasti ada masanya . **

Aku lagi terluka daripada kau..

Thursday, 14 August 2014

Dia yang sempurna

Bismillahirrahmanirrahim~

mungkin dia bahagia kerana perempuan itu lebih beragama daripadaku;
lebih manis senyumannya daripadaku;
lebih elok paras rupanya daripadaku;
lebih baik budi pekertinya daripadaku;
lebih cerdik akal fikirannya daripadaku;
lebih positif dan tidak menyusahkan daripadaku;
lebih hebat hujah keagamaanya daripadaku;
lebih baik perwatakannya daripadaku;
lebih senang didekati daripadaku; lebih ceria dirinya daripadaku;
lebih disayangi ramai dirinya daripadaku;
lebih segala-galanya daripadaku;

ya, perempuan itulah. sempurna.
lainlah diriku yang langsung tidak berguna,
apatah lagi SEMPURNA.

Mencari makna sebuah rindu

Bismillahirrahmanirrahim~

Aku harus akui,
semua perasaan yang Allah swt beri pada,
memang fitrah untuk manusia rasa.
Memang fitrah untuk manusia lalui.
Tapi aku juga harus sedar,
syaitan sentiasa ada disebalik semua perasaan aku,
Aku kena sedar, adakah ini nafsu atau sekadar perasaan aku yang hanya berbolak balik ini ?

Aku Hawa,
Beruntungnya aku dijadikan sebagai pemilik hati yang lembut.
Aku mudah senang dengan orang.
Aku mudah menyayangi orang.
Dan aku tak pasti sama ada aku juga mudahkah untuk menyakiti orang?

Kadang aku tak sedar,
Aku sibuk dengan duniawi,
bohonglah jika aku langsung tak ingat pada ukhrawi.
Aku tahu aku dah terlalu lalai dalam menjaga perasaan.
Aku selalu cuba berubah.
Aku dampingi mereka yang kuat hatinya.
Sedikit sebanyak aku tahu untuk kawal rasa ini.

Pernah sekali,
Aku rasa terlalu rindu..
Terlalu sayang.
Terlalu menghargai.
Terlalu kasih.

Aku tanya pada ustazah,
'kenapa hati perempuan ni ustazah. Selalu bercelaru. Selalu timbul macam-macam perasaan. Kadang kita rasa sayang. Rindu.. tapi tak tahu pada siapa. Kadang kita rasa marah. Tetapi tak tahu untuk apa'

Ustazah aku tersenyum,
' Aina kena ingat, perempuan ni memang dicipta hatinya lembut. Terkadang perasaan tu memang Allah yang beri. Allah yang timbulkan. Selain daripada sebab perempuan ada hormon yang sentiasa berubah, Aina kena tahu. Semua perasaan yang ada dalam hati perempuan itu. Memang sebuah fitrah. Ketentuan Allah'

Tapi sekarang aku sakit.
Aku dah tak mampu untuk harungi fitrah itu.

Makhluk takkan pernah bersyukur.
Makhluk takkan pernah menghargai.

Terutama sekali MANUSIA.

Sudahlah.
Aku pasrah.