Bismillahirrahmanirrahim~
Jujur aku tak tahu nak mulakan macam mana entri kali ni.
Ini soal hati.
Directly cakap,
Dalam memburu solehah, ada kala dia lelah.
Dia lemah, dia tersalah langkah.
Dia tergelincir ke jurang ikhtilat yang dia sendiri tak sedar.
Dalam menggapai gelaran si soleh, syabab itu terjatuh.
Sangkanya itu tak mengapa.
Namun sebenarnya dia membenarkan syaitan menipu daya.
Member minta aku buat entri ni.
Untuk tegur dia, untuk tegur orang yang dia sayang, untuk tegur aku, untuk tegur kita.
Kadang kita leka dengan dunia.
Kita tahu, berubah ni step by step.
Tapi kadang kita lupa, syaitan punya stail nak sesatkan manusia pun step by step.
Sedangkan syaitan ni dah hasut berjuta manusia dari zaman Nabi Adam, setakat kita yang iman tak kuat mana ni lagi senanglah kan diorang nak hasut.
Lalu tanpa sedar, masing-masing tergelincir.
Aku tak kata tak boleh langsung berhubung dengan ajnabi. Tapi ada batas. Selagi belum nikah, selagi tu ada batas. Ingat?
Mula-mula berbual benda penting.
Mesej bila ada urusan.
Contact pun benda-benda yang ada kepentingan.
Lama-lama, makin pelik konsep perbualan tu.
Benteng batasan syariat tu macam pecah secara perlahan.
Akhirnya berbual bertanya khabar, benda-benda yang tak penting sangat sebenarnya.
Sejam tak dapat mesej dari orang tu, hati dah mula resah.
Rasa serba tak kena.
Waktu tu kondisi iman mula yanqus, menurun.
Lemah. Goyah. Tapi kita tak sedar.
Kita rasa, "Ala biasalah ni. Nama pun sayang."
And perkara ni aku dah lama cakap dengan kawan aku ni.
Dia pun, mula-mula malas nak dengar. Abaikan nasihat aku, nasihat member lain.
Iyalah, kadang kita nampak yang berbeza jantina ni lebih ambil berat pasal kita, sedangkan yang sejantina ni ramai lagi yang sudi ambil berat sebenarnya.
Aku dan geng-geng RKS (Remaja Koya Sejati) ni pun basuh punya basuh budak sorang ni, akhirnya dia mengalah.
Okay aku tahu sakit tu macam mana. Pedih. Yes.
Lepaskan orang yang kita sayang, sebab nak tengok dia bahagia raih cinta Dia.
"Macam mana kalau aku bangun tidur, tak ada mesej dari dia? Kosong doh hidup."
"Kau mampu, insyaallah. First week mungkin susah sikit, lama-lama kau boleh."
"Tapi aku sayang gila kat dia. Aku sayang gila."
"Kalau sayang, mesti sanggup melepaskan, kan?"
"Kau bukan kat tempat aku, bolehlah cakap."
"Ya, memang aku bukan kat tempat kau. Tapi kau kena faham, aku tak sanggup tengok orang-orang yang aku sayang, tergelincir free-free je sebab syaitan."
"Kami bukan cakap benda lagha pun."
"Okay tak lagha. Tapi aku tahu, dalam solat kau, kau ingat dia, kan?"
"Mestilah ingat."
"Waktu study kau ingat dia kan?"
"Ya..."
"Waktu makan kau teringat conversation kau dengan dia, kan?"
"Hm."
"Sebelum tidur, kau mesej dia kan?"
".........."
"Bangun tidur, kau cari phone, check ada mesej dari dia tak, kan?"
"Hm."
"Kau buat apa pun kau ingat dia, kan?"
"Aku sayang dia!"
"Kalau sayang, kau mesti nak tengok dia ke syurga, kan?"
"Ya."
"Jadi kau kena lepaskan dia, atas dasar sayang kau pada dia, sayang kau pada agama, sayang kau pada yang ciptakan korang berdua. Lepaskan dia, boleh?"
Dia nangis.
Untuk pertama kali, aku guna cara paksaan sampai orang menangis sepanjang lalui proses tarbiyah dakwah ni.
Aku minta maaf.
Ini bukan sengaja.
Aku sayang kau.
Kami sayang kau.
Macam mana kau sayang dia, aku nak kau tahu, kasih sayang Allah pada korang berdua, pada kita semua lebih luas daripada tu.
//Hasil perkongsian sahabat.
Tetapkan hatimu pada satu cinta yang agung. Iaitu hanya pada Allah swt. Ya, Allah yang satu.
No comments:
Post a Comment