Wailayahadratin nabiyyil musthofa warasulillahi sallallahu alaihi wassalam,
wa'ala alihi wa'ashabihil kiramil fatihah....
..بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt,
-lets cover our aurah the right way!-
Dunia ini penuh dengan perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan ialah WANITA SOLEHAH.
Dan salah satu ciri-ciri yang menyempurnakan wanita solehah itu adalah dengan menjaga auratnya.
Islam telah menetapkan kadar aurat yang perlu dijaga oleh wanita serta menggariskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam berpakaian.
Aurat merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan.
Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.
Semua anggota tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan.
Walau bagaimanapun jika mendedahkannya boleh menimbulkan fitnah, maka wajib juga ditutup iaitu sebagai langkah menutup pintu fitnah.
Sebagai 'Penguat' kepada perintah Allah tentang aurat ni..
Firman Allah S.W.T, Maksudnya:" “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."" (Surah An Nur : Ayat 31)
*****
*Dalil aurat wanita*
Suatu ketika, Rasulullah SAW pernah bersabda : Maksudnya : "“Wanita itu aurat, maka bila ia keluar rumah, syaitan terus memandanginya (untuk menghias-hiasinya dalam pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah).”" (Disahihkan oleh al-Imam al-Albani rahimahullah dalam Sahih at-Tirmidzi, al-Misykat no. 3109, dan al-Irwa’ no. 273. Dishahihkan pula oleh Al-Imam Muqbil ibnu Hadi Al-Wadi’i rahimahullahu dalam Ash-Shahihul Musnad, 2/36)
*****
""Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." "(Surah Al-Ahzab : Ayat 59)
*****
Dalam hadis Hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu 'anhu, bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, "Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).
*****************
KEPALA ;;
Semua mesti fikir tudungkan ? Iyelah apa lagi yang mampu tutup kepala kita kalau bukan tudung, ye dak Hawa ?
Tapi bila dah bertudung, kenapa mesti ada lagi yang....
Tak pakai skarf dengan alasan 'ala lecehlah nanti susah nak bentuk'
Tudungnya pendek sependek-pendeknya sampai tutup paras leher je.
Tudung yang dah di jatuhkan atas dada tapi Allahu pendek pula di belakang.
Tudung yang dah perfect, sudah tutup lebih dari dada, panjang depan belakangnya okey tapi masyaAllah.. Jarang pula..
Bila rasa dah perfect semua.. Tiba-tiba terlupa yang labuh tu hanya depan dan belakang, tak lebih pun dari bahu. Cuba angkat tangan? Orang boleh nampak macam-macam aset dari tepi wahai Hawa.
Jadi.. Ciri-ciri kesempurnaannya ialah..
;; Skarf @ inner neck penting untuk lindung rambut kita dari terlihat semasa pakai tudung
;; istilah labuh itu adalah apabila tudung awak itu labuhnya di depan yang melebihi dada ye, bukan sekadar tutup dada.. Labuh yang sama di belakang. Dan juga kiri kanan bahu.
;; Sebabnya ?
Tangan Hawa yg aktif ni bukan kah banyak pergerakannya ?
Jadi..
Jangan anggap dengan tudung yang macam ni buat pergerakan kita terbatas, tapi sebenarnya boleh selamat dari benda yang tak diingini contohnya bermula dari perkataan TER nampak.
Insha Allah jika kita yakin dengan tudung dikepala kita yang sudah labuh ni, Mudah mudahan Allah akan jauhkan juga semua keburukan dan fitnah.
TANGAN ;;
Okey, dekat mana yang si Hawa ni selalu tersilap?
Pakai handsock yang ketat. Membalut tangan
Panjang lengan baju nya tak sampai pun pergelangan
lagi perit bila lengan @ tangan tak ditutup langsung
bila lengan dah okey, tak sedar pula yang pergelangan tangan selalu sangat terdedah.
Gerak sikit je terdedah.
Pergelangan tangan tu aurat ye sayang.
Jadi ciri-ciri kesempurnaannya ialah..
;; Siapa kata susah nak jaga ? Awak je rasa benda tu susah..
;; sekalipun lengan dah labuh, tapi taknak pakai handsock di dalam nya, pastikan dekat lengan tu ada butangnya. Apa tu orang kata ? Yang bertutup di pergelangan.
;; sekarang ni handsock dah ada macam-macam, cantik-cantik, harga pun mampu milik,
Apa lagi yang Allah swt dh sulitkan buat kalian ?
Nak buat baik semua awak permudahkan sayang...
;; ingat pergelangan tangan tu. Yang si Hawa selalu pandang remeh.
BADAN ;;
Ha, Si hawa ni Allah bagi bentuk tubuh badan. MasyaAllah cantik2 belaka.
Tapi sayangnya masih ada...
yang ketat & melekat
betul-betul ikut bentuk badan
jarang & nipis
tak labuh melebihi punggung
Jadi ciri-ciri kesempurnaannya adalah..
;; labuhkan pakaian mu hawa, banyak lagi blouse muslimah. Sekarang memang dah senang nak pakai.
;; pilih kain yang kema dengan badan.
;; warna tu pastikan jangan menyala sangat.
Mata liar ramai memandang
;; bagi certain orang yang mungkin pinggang @ pinggul besar. Usahakan utk cari pakaian yg lebar dibahagian tu.
Bukan kan itu aset utk para hawa juga ?
KAKI ;;
Kaki ni memang macam-macam saiz ada.
Kecik besar panjang pendek.
tapi hakikatnya...
Pakai seluar yang nampak bentuk paha
seluar yang masyaAllah ketat sampai senak kaki nak berjalan
yang terkoyak sana-sini konon trend
seluar yang lansung tak sampai paras buku lali
seluar yang atas paha lagilah
malang, bila dah sempurna seluarnya..
Jari-jari kaki lupa pula nak tutup.
Jadi ciri-ciri kesempurnaannya adalah
;; Seeloknya jika Hawa pakai kain @ skirt. lebih sopan kan ? jalan pun lebih teratur.
;; Misal kata kita bukan perempuan yang terlalu girly sangat, boleh je pakai seluar, takde masalah. Tapi baju labuhkan sampai melebihi punggung!
;; Ha jangan lupa kaki tu, pakai stokin.
cuba fikir ye, bukan ke pakai stokin tu buat kaki ukhti semua dapat elak dari melecet ?
See.. Allah jaga kita
Akhir kata,
Bila kita dah sempurna semuanya,
Didik hati untuk istiqamah.
Jaga iman setiap hari.
Moga Allah sentiasa lindungi kita ya ukhti.
"Rabbi tammim bilkhair"
Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan~
Sekian. Jazakallahu khairan kathiran~
Aassif jika ada silap di mana2.
Mohon betulkan, baik itu dtgnya dari Allah, yg kurang @ buruk itu dari saya sendiri.