Bismillahhirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wbt.
Saksi kepada dosa ? Menarikkan tajuk. Jom saya terangkan pendapat saya dan kaitannya dalam Islam.
First point is "Laman Sosial". Ahh tak perlulah nak sebutkan, terlalu banyak laman-laman sesawang yang membolehkan kita bersosial, berinteraksi dan berkenalan kononnya. Tapi adakah anda sedar, 1% mungkin anda akan menjadi saksi kepada dosa.
Kalau anda sedar, pelbagai button yang ada yang membolehkan kita jadi Saksi dosa itu.
( Like. Comment. Share. Follow. ) dan lain-lain butang yang tidak disebutkan.
Baiklah. Saya bagi contoh situasi.
Nama adalah contoh sahaja. Tiada kaitan sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati.
***Situasi A.
Lia update gambar profile nya yang tidak menutup aurat.
Muncul 1 Like. Muncul 1 Comment. Selang beberapa minit muncul 1 Share. Dan seterusnya muncul 1 follower yang baru.***
Ini yang dinamakan Saksi kepada dosa atau lebih tepat saksi kepada si pendosa.
Allahu Akhbar ! Itu baru 1 setiap button. Kalau beribu ? Hang nak jawap ke dekat akhirat. Kalau nak jawap.. Teruskan. Jadilah saksi kepada Lia di akhirat. Bila Allah swt soal Lia kelak, kamulah yang akan mengaku menjadi saksi kepada dosa Lia.
Mungkin kita anggap perkara ini remeh. Tak penting. Tapi INGAT ! Setiap apa yang kita lakukan di bumi Allah swt ini akan dihisab walau sebesar zarah sekalipun perlakuan itu.
Jadi setiap perlakuan kita mestilah tidak tergopoh-gopoh dan berhati-hati dalam semua urusan.
- JUGA SEBAGAI PERINGATAN UNTUK DIRI YANG ALPA INI - Wallahualam~
No comments:
Post a Comment