Monday, 3 February 2014

Ego vs Keras hati

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wbt.

Ego ? Pasti untuk lelaki. Keras hati ? Untuk perempuan.
Kenapa konteks ini berlawanan ?
Ye. Lelaki dan perempuan itu menyempurnakan satu sama lain.
Di sebalik keegoan lelaki ada baik buruknya. Begitu juga kerasnya hati perempuan.
Sama kan ? Cuma tafsirannya berbeza.
Lelaki : EGO
Firstly. Yang namanya lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita. Pelindung bagi kaum wanita. Sudah diangkat ayat nya dalam surah An-nisa' yang bermaksud "suami (lelaki) itu pelindung isteri (perempuan"
Keegoan lelaki ini ada baiknya supaya si perempuan patuh dan taat kepada mereka kerana si lelaki anggap mereka ada hak ke atas semua perkara dan ada kuasa untuk menentukan YA atau TIDAK,  BETUL atau SALAH.
Disebalik keputusan si lelaki itu, jika benar. Maka patuhlah. Tapi jika salah, mereka pasti takkan mengaku salah dan hanya nak betul ! right?
Mereka takkan punya rasa 'bengang' 'malu' or sebagainya. Lelaki hanya tahu.. Buat slamber like nothing happen. Okey.. Geramkan ?
Guys.. Lelaki ada 1 nafsu 9 akal.
Pemikiran akalnya. Mereka takkan pernah guna sepenuhnya ! Tapi yang satu nafsu itulah yang mereka akan guna sepenuhnya! Allahurabbi.. Lelaki memang bijak tentang agama. Lebih-lebih lagi soal kahwin. Fuhh, pasal kahwin laju je. Pasal pengetahuan agama yang lain ? Wallahualam.. Nafsu semua itu. Tetapi bukanlah semua lelaki berfikiran seperti ini..
Sesetengah lelaki ini pandai meninggikan egonya hanya semata-mata untuk menang dan tidak mahu mengalah langsung.
Hakikat yang sebenar. Lelaki perlu kan ego tersebut.. Kerana mereka pemimpin keluarga. Khalifah di bumi Allah swt.

Perempuan : KERAS HATI
Perempuan berhati lembut. Macam mana boleh jadinya keras hati itu ?
Pada anggapan diri saya sendiri. Perempuan punya hati yang amat sensitif. Perempuan itu manja. Perempuan itu sangat lah lembut.
Terjadinya keras hati ini apabila orang yang mereka sayang buat sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan yang teramat sangat. Tapi yang istimewanya, disebalik kerasnya hati perempuan ini, mereka sebenarnya inginkan pujukan. Pujuklah mereka.
Allahurabbi.. Mungkin disebalik cerita ini ada pengalaman untuk saya. Ye.. Susah nak jumpa orang yang betul-betul paham kita.
Keras hati seorang perempuan ni akan membuat dia diam.. Diam.. Dan terus diam. Pendam. Pendam dan terus pendam..
Jadi.. Bila dah pujuk tu, jangan terkejut bila si perempuan hambur kan kata2 yang mereka pendam tu.

Lelaki dan perempuan harus saling mengalah.
Mereka itu saling menyempurnakan.
Sekian..
-Wallahualam Bissawab-

No comments:

Post a Comment