Bismillahhirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wbt.
Benar, Hati tidak punyai mulut, Hati tidak punyai mata.
Tapi hebatnya hati Allah swt beri mampu berkata tanpa didengari setiap insan, mampu menangis tanpa mengeluarkan air seperti di mata.
Mampu rasa sakit.. Ya! Lebih sakit daripada terhiris benda yang tajam.
Allahu Rabbi. Perasaan hambaMu. Hanya Engkau yang tahu. Betapa sakit, remuknya selama ni ku tahan. Tapi kugagahi juga kerana suatu rasa ini. Rasa yang sudah lama.. Lama dahulu muncul.
Mungkin ada terlintas difikiran, kenapa ini terjadi padaku,
Tuhan.. Sungguh rasa ini telah lama dan Engkau tahu setinggi mana dan seluas mana rasa ini.
Cuma ia tak kedengaran. Puas hati ku menjerit kepadanya.. Ah! Dia tak pernah menoleh. Malah dia menambahkan lagi hirisan luka dihati aku.
Sungguhpun dia tak pernah menyedari ini. Sungguhpun dia tidak punya rasa padaku, kumohon fahamilah caraku.
Apakah kamu buta hati ? Buta hati sehingga tak mampu melihat tulusnya aku disini.
HANYA KATA HATI mampu ku tulis untuk jadikan tatapan.
Kata hati yang tipisnya peluang untuk kau ketahui apa sebenarnya rasa itu.
Duhai HATI..
Biarlah engkau terluka.
Aku masih setia merawatmu.
Aku masih mahu menjagamu.
Aku takkan biarkan engkau lemah wahai hati.
Aku perlukan engkau untuk temani aku saat kesunyiaan.
Aku mahu berbicara denganmu walaupun ianya hanya suara bisu.
Ikhlasnya nukilan ini ku coretkan, berdasarkan kata hati yang menggerakkan jari jemariku untuk diluahkan dalam penulisan ini.
Kasihan hatiku. Sering menangis. Sering terluka. Kerana siapa ? Kerana engkau.
Biarlah.. Biarlah setajam mana belati yang kau punya. Setajam mana cara yang kau tunjukkan.
Hatiku tetap utuh kerana pahatannya takkan mungkin terlerai.
Kerana..... KAU.
-NUKILAN ISMIE AINA-
No comments:
Post a Comment