Salah aku, dia selalu nampak.
Salah aku, dia selalu cari.
Salah aku, dia selalu marah.
Salah aku, buatkan kita gaduh.
Salah aku, aku dibiarkan.
Salah aku, aku.. Hmm..
Aku tak mahukan seorang yang pemarah.
Kerana aku tahu aku akan tewas dengan rasa rindu.
Buatlah hatiku sesakit mana pun,
Buatlah hatiku terluka seteruk mana pun.
Aku tetap tewas dengan satu rasa itu.
Rindu.
Duhai hati, aku rasa apa yang ibuku rasa.
Aku juga tahu sifat lelaki,
Aku juga tahu tentang lelaki.
Aku juga merasai situasi yang engkau rasakan sekarang.
Airmata ibu membuat aku lemah lagi.
Patutkah aku benci lelaki?
Tapi aku sering tewas.
Bagiku..
Engkau sempurna.
Tiada cacat cela.
Tak perlu lagi untuk aku mencari kesalahanmu.
Aku tahu engkau hebat.
Kerana itu kusanjung. Kusayang dan juga kuhormati.
Tapi aku?
Adakah aku yang buta?
Ya Allah.
Aku bukan selama-lamanya kuat,
Aku bukan selama-lamanya boleh bertahan.
Jadi.. Kuatkan aku. Pertahankanlah aku.
Aku masih menunggu.
Menunggu sesuatu yang entah bila akan adanya kepastian..
Aku ini tak sempurna sayang..
Aku ini bukanlah bidadari syurga.
Aku ini bukanlah seseorang yang tiada kesilapan.
Aku ini apa sayang..
Hanya sekadar untuk kau mencari kesalahanku.
Aku tetap sabar dengan tindak tanduk mu itu.
Hati siapa tidak sakit.
Aku tahu semua penipuan mu.
Tapi..
Aku tetap diam dan masih mahu juga mencarimu.
Aku tahu kau setia.
Tapi kau dusta.
Aku tahu semua keburukanmu.
Tapi aku takpandang akan semua itu.
Selagi ku bernyawa.
Bukan kesalahan yang patut ku sanjung darimu.
Tapi kasih sayang untukmu yang penting.
Mulai saat ini,
Aku redha dengan sikapmu.
Cuma ku mohon.. Berubahlah.
Andai kau terbaca nukilan ini.
Berubahlah.
Kerana aku tak selama-lamanya kekal di bumi ini.
Dan aku juga tidak pasti adakah aku akan kekal bertakhta di hatimu?
Aku sanggup dilukai.
Aku sanggup dimarahi.
Aku sanggup sakit kerana engkau.
Mungkin bila ku tiada nanti,
Aku pasti.
Kau akan ingat padaku mungkin untuk selamanya.
Mungkin kau akan sedar sisi kebaikanku yang engkau tidak pernah pandang.
Sisi kasih sayangku.
Kesetiaanku. Keihkhlasan ku..
Yang engkau tak pernah ambil peduli.
Duhai lelaki. Jagalah hati wanita.
Tak semua wanita kuat. Tak semua wanita tabah.
Luaranku mungkin aku tersenyum menanti kebahagiaan darimu.
Tapi dalam ku ?
Hanya Allah swt yg lebih mengetahui..
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment